Yellow Brick Road Cafe

IMG_3551

Hey! Tak tau nak lunch ape? Jom ke Yellow Brick Road @ Batai Village, Damansara Heights adalah pilihan terbaik untuk hari ini.

IMG_3586

Cafe ini menyediakan ‘all day dinning’ bermula dengan breakfast sehinggalah ke makan malam. Sebaik sahaja anda melangkah ke dalam cafe ini, haruman semerbak kopi bakal menerjah hidung anda.

IMG_3582IMG_3555IMG_3554

Hiasan dalamannya yg sgt cozy dan perabotnya yg menggunakan meja kayu bakal membuatkan penggemar instagram & food reviewer lebih excited kerna memang pasti gambar-gambar akan lawa!

IMG_3565

Big Breakfast

IMG_3571

Balik Kampung (Chicken Percik & Mango Salad)

IMG_3581

Apam Terbalik (Pancake with Coconut Ice Cream & Honey)

Tak dinafikan, makanan yang dihidangkan sangatlah sedap & menepati citara rasa saya. Portion yang di hidangkan juga sgt besar & mengenyangkan. Harga sgt berpatutan, bermula sekitar RM8 – RM40 .

IMG_3585

Apa yang menarik perhatian saya apabila tiba di cafe ini adalah, mereka menyediakan free flow plain water bagi pelanggan yang menunggu di luar.

IMG_3543IMG_3584IMG_3556IMG_3587

Jom sape2 nak lepak sini, jgn lupa ajak saya skali!

Yellow Brick Road
Jalan Batai, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Daily, 9am-10pm.
Tel: 03-2035-5922
*Kitchen closes from 4-6pm daily
Regards | syedsyafique

Magnum oh Magnum | Magnum Cafe Putrajaya

Magnum Soup - RM22

Magnum Soup – RM22

17 Januari 2015 (Sabtu) – Aku berkesempatan buat pertama kalinya ke “Magnum Cafe IOI City Mall”, Putrajaya. Ia merupakan 2nd branches selepas Magnum Cafe di Mid Valley Kuala Lumpur. Dah lama aku teringin nak merasai apa keunikan & kelainan yang ada pada ais krim magnum di cafe ini berbanding dengan ais krim Magnum yang kita boleh dapatkan di 7 Eleven atau mana-mana kedai runcit lain.

Kebetulan aku & kawan-kawan aku merancang untuk adakan “birthday surprise” untuk salah sorang kawan kitaorang. Jadi apa lagi, Magnum Cafe ni la yang mendapat undian tertinggi. Kami memilih lokasi IOI City Mall Putrajaya kerana lokasinya di luar bandar & juga di sebabkan IOI City Mall ini baru saja bukak & orang pun tak ramai tak payah beratur. ( Itu motif utama actually, “taknak beratur” *lol ).

Bermula dengan setting cafe, Magnum cafe ni terbahagi kepada 2 entrances , for “take away” & another side is for “dine in”. Interior cafe memang cantik dan luas dengan bertemakan “chocolate” .

Magnum Galaxy - RM30

Magnum Galaxy – RM30

Aku decided untuk order Magnum Galaxy , presentation yang unik, 1st impression aku ibaratkan seperti ais krim itu adalah “space ship” & meringue itu adalah ibarat “meteor” yang pecah di angkasa (bab-bab berangan ni memang aku nombor satu! hahaha) . Kalau apa yang korang dapat lihat, ia adalah Ais Krim Magnum Vanilla bersama sos bijan & meringue. Hmmm for me sejujurnya aku boleh kasi 3/5 jer rating untuk magnum galaxy ini.

“…bagi sesiapa yang ingin merasai ais krim magnum itu di hias , di olah atau di tabur dengan EXTRA toppings or decorations…”

Actually tak ada beza pun dengan ais krim magnum yang dijual di luar sana, rasa pun sama. Cuma, bagi sesiapa yang ingin merasai ais krim magnum itu di hias , di olah atau di tabur dengan EXTRA toppings or decorations, boleh la datang ke Magnum Cafe ini. Price range : RM9.90 – RM69

So, sesiapa yang ingin merasai pengalaman di Magnum Cafe Putrajaya ini , alamatnya adalah :-

Magnum Cafe Putrajaya, Lot GE-3 , IOI City Mall , Persiaran IRC, IOI Resort City, Putrajaya

Regards | syedsyafique

Sembang Pagi

Makan

Scene : MEJA MAKAN DAPUR

“Alongggg! Ariff! Dik Are! Anis! Turun makannn!” jerit mama pagi td. 

Aku pun turun kebawah bila dah siap meng”hensem” kan diri. Meja segi empat tempat aku muat untuk 6 org makan. Yang paling pasti, aku akan duduk di bucu kanan meja , itu memang tempat wajib aku. 6 bungkus bihun goreng bersama sambal ikan bilis dah tersedia di atas meja dibeli oleh abah. Dua cawan Cappuccino  telah terhidang , satu di hujung kanan meja dan satu lagi di hujung kiri meja. Di situlah mama & abah akan duduk.

“Ok, along baca doa.”  – abah

Selesai baca doa, aku buka bihun goreng yang sambal bilis nya memang kegemaran aku. Baru sesudu aku makan. Mama terus memulakan ceritanya. Itu memang keistimewaan mama dengan cerita patientnya yg memberi tauladan kpd diri kami semua setiap kali kami berkumpul untuk makan sarapan, lunch atau dinner.

Kisahnya begini…

Scene : KLINIK Z

Datang seorg wanita dengan raut wajahnya yg agak muram berumur dalam lingkungan 40an jumpa mama di klinik dengan masalah kaki kanannya sakit.

“Lama tak nampak, ke mana sebelum ni?”- mama

Tapi, biasalah mama, dengan skills clerking nya yang hebat. Maka terbongkarlah cerita kenapa wajah wanita tersebut bermuram durja.

Wanita tersebut baru kematian suami nya 3 bulan yang lepas. Kisahnya, suaminya sebelum ini tak pernah-pernah nak ajak mereka satu keluarga bersama anak cucu mandi manda di kolam renang / pantai / sungai atau taman tema. Tapi sebulan sebelum suaminya meninggal, suaminya ajak semua untuk mandi manda di Hot Spring A.

Selepas seminggu, suaminya mula demam panas teruk. Mula dari Hospital A, tak dapat buat apa. Ke Hospital B, suaminya di sahkan mengidap jangkitan “Kencing Tikus” aka Leptospirosis. Ulang alik si isteri untuk menjaga suaminya sejauh 45km. Keadaan suaminya semakin lama , semakin kritikal.

Tiba di suatu pagi, si isteri mendapat panggilan telefon daripd doktor yang merawat suami nya di Hospital B memberitahu  mohon datang segera ke hospital untuk melihat keadaan suaminya. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Bergegas si isteri ke hospital ditemani seorang anak lelaki nya.

Dalam jam 5 pagi. Mereka tiba di hospital, pak guard pintu utama, lepas. TAPI setibanya di pak guard pintu nak masuk ward…

“Puan TAK BOLEH MASUK!, NI BUKAN WAKTU MELAWAT!” jerit pak guard dengan mukanya yg bengis itu. 

Apa lagi, terkejut la mereka berdua anak beranak. Mereka datang pun atas arahan doktor. Si isteri masih sabar, dia cuba menerangkan keadaan sebenar.

“TAK BOLEH MASUK JUGAK!, NAK MASUK TUNGGU SAMPAI PAGI!” jerit pak guard itu lagi. (Dengan posisinya berdiri betul-betul depan pintu ward dan dgn kedua-dua tangannya di depa kan menghalang laluan masuk ward)

Kalau di ikutkan anak lelakinya itu, mahu di tumbuk pak guard tu, tapi memikirkan akibat selepas itu, tak jadi. Kalau tumbuk, nanti tak pasal-pasal jadi kes polis, anak nya ke lokap, suaminya pulak ntah macam mana. Jadi, tanpa berdaya melawan, tunggulah mereka sehingga jam 7.00 pagi barulah di benarkan masuk.

Setibanya di katil, lemah longlai isterinya. Suaminya sudah tidak bermaya dan tidak sedarkan diri. Tapi si isteri terus mendakap suaminya, dia berbisik di telinga suaminya. Macam-macam pesanan & kata-kata manis di bisiknya. Tiba-tiba, suaminya mengalirkan air mata. Si isteri sedar, suaminya masih mendengar kata-katanya walaupun tidak sedarkan diri. Hanya air mata menjadi tutur kata membalas bisikkan isterinya.

Beberapa minit selepas itu, suaminya pergi buat selamanya… Innalillahiwainnailahirajiun.

Begitulah kisah pemergian suaminya…

Teresak-esak si isteri masa dia menceritakan kisah ini kepada mama. Katanya, dia amat terkilan dengan sikap pak guard yg menghalangnya itu, mungkin.. kalau diberi masuk di waktu itu, mungkin sempat dia berbicara bersama suaminya secara lisan sebelum suaminya tidak sedarkan diri sejam sebelum dia dibenarkan masuk.

Scene : MEJA MAKAN DAPUR

Setelah selesai mama bercerita, aku pun selesai makan. Sebak jugak kisah patient mama ni. Semua terdiam sebak dengar kisah tadi. Ku teguk air kosong dan cuci mulut untuk bersiap ke klinik.

Itulah kisah sembang pagi kami td. Moral of the story? Haa korang pikir lah sendiri ok!

Regards | syedsyafique

Salam 2015

Cameron Highlands | Rose Garden

Cameron Highlands | Rose Garden

Assalamualaikum,

“SYED SYAFIQ” nama diberi.

2014 telah pun berlabuh beberapa hari yang lalu. Sudah pasti tahun 2014 adalah tahun yang sangat mencabar buat Malaysia & rakyatnya dengan pelbagai peristiwa pahit yang menimpa Malaysia. Musibah yang menimpa Malaysia Airlines, Air Asia & tirai 2014 dilabuhkan dengan bencana banjir besar yang melanda pantai timur.

Bagi Syafiq, 2014 adalah tahun “ujian Allah’ kepada kita . Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri dan cermin-cermin kan lah hubungan kita dengan Allah s.w.t. .

Yang lepas jangan dikenang & biarlah ia menjadi kenangan manis buat kita. Tahun 2015 telah menjelma. Azam baru , nafas baru serta tekad yang baru untuk diri kita lebih maju & diberkati oleh Allah s.w.t. .

Flashback ke tahun 2009, di dalam tahun itulah aku mula berkongsi cerita di laman media sosial tentang suka duka ku dan “blogger.com” menjadi tempat aku mencoretkan kisah ku.

Kini, aku berjinak-jinak pula ke laman “wordpress” untuk mencari nafas & persekitaran yang baru . Asalnya blog aku di kenali dengan  “Sepotong Mimpi” , kini “The Journey” menjadi pilihan di hati untuk ditukar ganti.

Sekian mukadimah dari aku. Selamat membaca!

Regards | syedsyafique