Magnum oh Magnum | Magnum Cafe Putrajaya

Magnum Soup - RM22

Magnum Soup – RM22

17 Januari 2015 (Sabtu) – Aku berkesempatan buat pertama kalinya ke “Magnum Cafe IOI City Mall”, Putrajaya. Ia merupakan 2nd branches selepas Magnum Cafe di Mid Valley Kuala Lumpur. Dah lama aku teringin nak merasai apa keunikan & kelainan yang ada pada ais krim magnum di cafe ini berbanding dengan ais krim Magnum yang kita boleh dapatkan di 7 Eleven atau mana-mana kedai runcit lain.

Kebetulan aku & kawan-kawan aku merancang untuk adakan “birthday surprise” untuk salah sorang kawan kitaorang. Jadi apa lagi, Magnum Cafe ni la yang mendapat undian tertinggi. Kami memilih lokasi IOI City Mall Putrajaya kerana lokasinya di luar bandar & juga di sebabkan IOI City Mall ini baru saja bukak & orang pun tak ramai tak payah beratur. ( Itu motif utama actually, “taknak beratur” *lol ).

Bermula dengan setting cafe, Magnum cafe ni terbahagi kepada 2 entrances , for “take away” & another side is for “dine in”. Interior cafe memang cantik dan luas dengan bertemakan “chocolate” .

Magnum Galaxy - RM30

Magnum Galaxy – RM30

Aku decided untuk order Magnum Galaxy , presentation yang unik, 1st impression aku ibaratkan seperti ais krim itu adalah “space ship” & meringue itu adalah ibarat “meteor” yang pecah di angkasa (bab-bab berangan ni memang aku nombor satu! hahaha) . Kalau apa yang korang dapat lihat, ia adalah Ais Krim Magnum Vanilla bersama sos bijan & meringue. Hmmm for me sejujurnya aku boleh kasi 3/5 jer rating untuk magnum galaxy ini.

“…bagi sesiapa yang ingin merasai ais krim magnum itu di hias , di olah atau di tabur dengan EXTRA toppings or decorations…”

Actually tak ada beza pun dengan ais krim magnum yang dijual di luar sana, rasa pun sama. Cuma, bagi sesiapa yang ingin merasai ais krim magnum itu di hias , di olah atau di tabur dengan EXTRA toppings or decorations, boleh la datang ke Magnum Cafe ini. Price range : RM9.90 – RM69

So, sesiapa yang ingin merasai pengalaman di Magnum Cafe Putrajaya ini , alamatnya adalah :-

Magnum Cafe Putrajaya, Lot GE-3 , IOI City Mall , Persiaran IRC, IOI Resort City, Putrajaya

Regards | syedsyafique

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s