Sembang Pagi

Makan

Scene : MEJA MAKAN DAPUR

“Alongggg! Ariff! Dik Are! Anis! Turun makannn!” jerit mama pagi td. 

Aku pun turun kebawah bila dah siap meng”hensem” kan diri. Meja segi empat tempat aku muat untuk 6 org makan. Yang paling pasti, aku akan duduk di bucu kanan meja , itu memang tempat wajib aku. 6 bungkus bihun goreng bersama sambal ikan bilis dah tersedia di atas meja dibeli oleh abah. Dua cawan Cappuccino  telah terhidang , satu di hujung kanan meja dan satu lagi di hujung kiri meja. Di situlah mama & abah akan duduk.

“Ok, along baca doa.”  – abah

Selesai baca doa, aku buka bihun goreng yang sambal bilis nya memang kegemaran aku. Baru sesudu aku makan. Mama terus memulakan ceritanya. Itu memang keistimewaan mama dengan cerita patientnya yg memberi tauladan kpd diri kami semua setiap kali kami berkumpul untuk makan sarapan, lunch atau dinner.

Kisahnya begini…

Scene : KLINIK Z

Datang seorg wanita dengan raut wajahnya yg agak muram berumur dalam lingkungan 40an jumpa mama di klinik dengan masalah kaki kanannya sakit.

“Lama tak nampak, ke mana sebelum ni?”- mama

Tapi, biasalah mama, dengan skills clerking nya yang hebat. Maka terbongkarlah cerita kenapa wajah wanita tersebut bermuram durja.

Wanita tersebut baru kematian suami nya 3 bulan yang lepas. Kisahnya, suaminya sebelum ini tak pernah-pernah nak ajak mereka satu keluarga bersama anak cucu mandi manda di kolam renang / pantai / sungai atau taman tema. Tapi sebulan sebelum suaminya meninggal, suaminya ajak semua untuk mandi manda di Hot Spring A.

Selepas seminggu, suaminya mula demam panas teruk. Mula dari Hospital A, tak dapat buat apa. Ke Hospital B, suaminya di sahkan mengidap jangkitan “Kencing Tikus” aka Leptospirosis. Ulang alik si isteri untuk menjaga suaminya sejauh 45km. Keadaan suaminya semakin lama , semakin kritikal.

Tiba di suatu pagi, si isteri mendapat panggilan telefon daripd doktor yang merawat suami nya di Hospital B memberitahu  mohon datang segera ke hospital untuk melihat keadaan suaminya. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Bergegas si isteri ke hospital ditemani seorang anak lelaki nya.

Dalam jam 5 pagi. Mereka tiba di hospital, pak guard pintu utama, lepas. TAPI setibanya di pak guard pintu nak masuk ward…

“Puan TAK BOLEH MASUK!, NI BUKAN WAKTU MELAWAT!” jerit pak guard dengan mukanya yg bengis itu. 

Apa lagi, terkejut la mereka berdua anak beranak. Mereka datang pun atas arahan doktor. Si isteri masih sabar, dia cuba menerangkan keadaan sebenar.

“TAK BOLEH MASUK JUGAK!, NAK MASUK TUNGGU SAMPAI PAGI!” jerit pak guard itu lagi. (Dengan posisinya berdiri betul-betul depan pintu ward dan dgn kedua-dua tangannya di depa kan menghalang laluan masuk ward)

Kalau di ikutkan anak lelakinya itu, mahu di tumbuk pak guard tu, tapi memikirkan akibat selepas itu, tak jadi. Kalau tumbuk, nanti tak pasal-pasal jadi kes polis, anak nya ke lokap, suaminya pulak ntah macam mana. Jadi, tanpa berdaya melawan, tunggulah mereka sehingga jam 7.00 pagi barulah di benarkan masuk.

Setibanya di katil, lemah longlai isterinya. Suaminya sudah tidak bermaya dan tidak sedarkan diri. Tapi si isteri terus mendakap suaminya, dia berbisik di telinga suaminya. Macam-macam pesanan & kata-kata manis di bisiknya. Tiba-tiba, suaminya mengalirkan air mata. Si isteri sedar, suaminya masih mendengar kata-katanya walaupun tidak sedarkan diri. Hanya air mata menjadi tutur kata membalas bisikkan isterinya.

Beberapa minit selepas itu, suaminya pergi buat selamanya… Innalillahiwainnailahirajiun.

Begitulah kisah pemergian suaminya…

Teresak-esak si isteri masa dia menceritakan kisah ini kepada mama. Katanya, dia amat terkilan dengan sikap pak guard yg menghalangnya itu, mungkin.. kalau diberi masuk di waktu itu, mungkin sempat dia berbicara bersama suaminya secara lisan sebelum suaminya tidak sedarkan diri sejam sebelum dia dibenarkan masuk.

Scene : MEJA MAKAN DAPUR

Setelah selesai mama bercerita, aku pun selesai makan. Sebak jugak kisah patient mama ni. Semua terdiam sebak dengar kisah tadi. Ku teguk air kosong dan cuci mulut untuk bersiap ke klinik.

Itulah kisah sembang pagi kami td. Moral of the story? Haa korang pikir lah sendiri ok!

Regards | syedsyafique

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s